Voting

3.05.2011

Perintis Angkatan Seni Baru

. Kami bersama pada 18 november 2010 untuk menyertai pertandingan PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN di Pulau Pinang . Kami dilatih dalam masa 2 minggu untuk menjadi perfect kerana kami wakil NEGERI SEMBILAN untuk pertandingan itu . Firstly kami " ZERO " tak tahu basic tarian , tapi setelah dilatih selama 2 minggu Alhamdulillah akhirnya kami tidak lagi menari kayu itu yang selalu di perkatakan oleh jurulatih tarian kami . 1 disember 2010 kami telah berangkat ke Pulau Pinang untuk membawa kemenangan NEGERI SEMBILAN ! . Kami telah dinobatkan sebagai pemenang tempat ke-3 pada 3 disember 2010 , walaupun tidak dapat menjadi juara namun kami bangga sekurang-kurangnya kami telah membawa kemenangan untuk NEGERI SEMBILAN . Sangat berterima kasih kepada pengurus kami kerana telah berusaha mendapatkan jurulatih yang terbaik untuk kami dan tidak lupa kepada jurulatih-jurulatih kami kerana telah memberi tunjuk ajar serta bimbingan sampai kami telah berjaya ke tahap ini . Apa-apa pun jangan lupa untuk memberi sokongan kepada kami . Jika ada show untuk masa akan datang saya sebagai wakil PASB akan memberikan info dan menjemput kamu semua untuk hadir bersama menyaksikan kami . :))

No comments:

Post a Comment